SYARIKAT peneraju kandungan dan pengguna, Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro), menandatangani usaha sama strategik dengan SmartStudy, syarikat hiburan global yang berpangkalan di Seoul, untuk watak animasi terkemuka, termasuk Pinkfong dan Baby Shark.

Usaha sama itu melibatkan pelbagai bidang, daripada perdagangan kepada pelesenan dan acara utama di Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Astro mempunyai pangkalan kukuh peminat yang terdiri daripada kanak-kanak dan ibu bapa menerusi program asal, dan Pinkfong akan menyertai senarai watak menarik seperti Didi & Friends, jenama prasekolah nombor satu Malaysia, Cam & Leon, siri komedi animasi, Omar & Hana, animasi muzik dan keimanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan pemeteraian  itu, Astro dan SmartStudy akan menganjurkan muzik Pinkfong Baby Shark secara langsung dari 8 hingga 16 September di KLCC. Musikal 65 minit itu akan menampilkan pelakon dan krew asal Korea. - Bernama