PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan satu aplikasi peranti pintar semalam.

Melalui aplikasi ini juga, pengguna dapat membaca status terkini media sosial Perdana Menteri  dari sumber rasmi serta segala polisi pentadbir.

Aplikasi yang dinamakan Najib Razak itu bertujuan untuk memudahkan rakyat mendapatkan maklumat terkini daripada beliau dan juga program dapat dibaca dengan mudah.

Selain itu, tujuan utama aplikasi ini juga adalah untuk kemudahan pengguna mendapatkan maklumat yang sahih dan tidak berbaur fitnah.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store dan juga Apple.

Sementara itu, pelbagai reaksi yang diterima sejak aplikasi tersebut boleh dimuat turun menggunakan Android dan juga iOS.

Namun begitu, terdapat juga pengguna yang menyokong tindakan Najib membuat aplikasi ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PLATFORM aplikasi dalam talian, imSold! yang membolehkan pengguna menjual dan membeli barangan, semakin berkembang sejak dilancarkan tahun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.