TEMERLOH - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan melancarkan laman web 'Niaga-Coop' pada Ogos ini bagi meluaskan pemasaran produk anggota koperasi itu.

Timbalan Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata usaha itu juga adalah pendekatan inovatif Angkasa dalam memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

"Angkasa sebagai orang tengah akan membantu mendaftar pembeli dan pengeluar supaya proses urus niaga lebih telus dan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

"Sebelum ini banyak produk yang dihasilkan oleh anggota koperasi seperti kraf tangan, makanan dan ikan sungai tidak dapat dipasarkan secara meluas akibat kekangan maklumat dan pemasaran yang lemah," katanya kepada pemberita selepas melawat Koperasi Keluarga Haji Konok Kampung Sanggang yang mengusahakan ternakan ikan patin buah, di sini hari ini.

Katanya melalui laman web itu nanti produk keluaran anggota koperasi dapat dipasar dalam negara dan juga negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. -- Bernama

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.