MINDSET changer. ECRL yang baru dilancar minggu lalu adalah antara projek utama dalam Revolusi Pembangunan Selatan-Selatan. Seperti OBOR - One Belt One Road, ia tetap diterajui China. Semua ini kesinambungan dan limpahan daripada Agenda Pembangunan China.

Matlamat mereka adalah 'Pakaian, Makanan, Rumah dan Pengangkutan' untuk semua berlandaskan falsafah 'untuk jadi kaya buat dulu jalan'. China bulan lalumelancarkan satu lagi agenda pembangunan mereka yang baharu.

Matlamat meletak China di persada teknologi kepintaran buatan tahun 2030 bakal menjadikan China bukan sekadar pelaku pembangunan fizikal tetapi juga minda dan budaya dunia. Bagaimana budaya dan minda kita diubah dan dicorakkan bergantung kepada sikap dan tindakan kita.

Dunia kini perlukan kecerdikan. Sudah jadi begitu. Digital Economy. New computing model + advance analytics akan tukar timbunan data jadi tindakan, bina sistem, mudahkan proses dan bina infrastruktur lebih berkesan, produktif serta cepat responsif.

Analitik data ada tuntutan berkaitan dengan ekonomi digital. Timbunan data dan kecanggihan algoritma matematik hari ini menjadikan mesin amat pintar. Semakin banyak peranan manusia sebagai pelaku pembangunan diganti mesin.

Kata Prof Mohd Hassan Mohd Osman, TNC Akademik, Universiti Malaysia Kelantan, Revolusi Industri ke-4 yang berlaku sekarang melibatkan gabungan fizikal, biologi dan digital.

Berakhir sudah gaya hidup dan kerja lama. Ia menuntut perubahan daripada kita semua. Antara yang utama setiap individu atau organisasi perlu menjadi entiti analitik.

Mulakan dengan memahami apa itu analitik dan buat penilaian terhadap kecekapan analitik diri atau organisasi masing-masing.

Zara, asalnya flagship brand kepada Spanish Retail Group  contoh syarikat  integrasikan analitik dalam setiap aspek bisnes. Mereka melakukan apa yang nampak mustahil pada mulanya dalam industri retail. Zara menukar apa yang ada di meja designer dalam masa seminggu untuk berada di rangkaian kedai mereka.

Dunia akan datang berubah pantas. Analogikan begini. Kita ada refrigerator (peti sejuk cerdik). Frige pintar ini akan rekodkan apa yang kita perlukan. Sebaik sahaja ia berkurangan dalam simpanan, frige pintar akan terus buat pesanan ke super market berdekatan dan dihantar ke pintu rumah kita.

Tugas pemasar (marketers) adalah ada upaya kutip segala data tentang apa yang mereka (rangkaian pelanggan) beli dan juga di mana mereka buat pembelian secara online. Kebanyakkan dunia kini heboh mengenai pengiklanan - ads. Selagi tembakan tidak tepat dan kerap guna peluru penabur maka banyak perkara jadi kabur. Kejelasan dan ketepatan adalah kunci pada tembakan bermakna terobos ke jiwa manusia.

Pertama mendahului segala adalah sasaran pelanggan yang betul. Ini fungsi MATH MARKETERS. Kenal pasti rasa, gelagat tingkah laku dan pilihan kemahuan pelanggan. Dengan cara itu, commercials  dihantar  relevan kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Kedua CONTENT. Apa yang mahu kita sampaikan. Dalam bentuk teks, foto, video, paparan infografik atau apa lagi. Content Mastery tetap penting untuk hasilkan isi kandungan bermakna dan tepat warna pada pilihan rasa selera pelanggan.

Pasukan kami mengambil cabaran baharu di Indonesia. Menukar 1.5 juta data pelanggan syarikat untuk jadikan ia digital dan terobos terus ke tangan pelanggan tatkala mereka memegang telefon genggam.

Sahabat MRSM saya yang juga pakar Big Data, Tuan Amiriddin Jumaat menjelaskan, ada empat jenis analitik – setiap satu dengan kaedah tersendiri:

Pertama, Descriptive  menggambarkan apa telah atau sedang berlaku. Kedua, Diagnostic menerangkan kenapa ia berlaku. Ketiga, Predictive akan meramalkan apa akan berlaku dan keempat, Prescriptive yang akan memberikan pelan tindakan terbaik bagi menangani apa akan berlaku.

Seterusnya nilaikan di mana tahap kecekapan analitik organisasi kita. Apakah kita mampu mengharungi sebarang cabaran selaku Pesaing Analitik atau berkemungkinan menghadapi masalah kelangsungan kerana Daif Analitik.

Ada lima tahap kecekapan analitik. Letakkan diri kita sekurang-kurangnya di tahap keempat selaku Organisasi Analitik. Ia bermula ikut urutan, Pesaing Analitik, Organisasi Analitik, Aspirasi Analitik,  Analitik Terpinggir, Daif Analitik.

Zara permulaan cerita di atas antara contoh tahap lima iaitu Pesaing Analitik yang bukan sahaja bersaing tetapi juga menjadi pencabar kepada lain. Data dalam dunia kini dikatakan sebagai 'minyak' era digital. Tanpanya tak mungkin ada analitik.

Meminjam kata CEO GE Jeff Immelt, “Apabila  malam tadi kita tidur sebagai sebuah syarikat perindustrian pembuatan, hari ini kita perlu bangun sebagai syarikat perisian dan analitik”.

Soalan sekarang, wujudkah budaya data dalam diri dan organisasi bapak dan ibu yang terhormat?

* Datuk Roslan Ab Hamid ialah Ketua Strategi dan Presiden Paul Penders International Sdn Bhd dan beliau boleh dihubungi di FB: Roslan Ab Hamid
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASANGAN suami isteri dari Taman Indah, di sini, yang mengusahakan pembuatan kuih karipap pusing sejak 20 tahun lalu, menjadi sebutan ramai lantaran air tangan mereka turut terjual lebih 2,000 keping setiap hari.
  • DALAM tempoh kurang tiga tahun, usahawan hebat ini mampu membina empayar perniagaan sendiri menerusi jenama Penawar Zauq yang kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat tempatan.
  • PERNIAGAAN berkonsep kios sering dilihat di pusat beli-belah dan kawasan tumpuan ramai seperti lapangan terbang dan hospital.
  • AKAR manis mempunyai khasiat yang tersendiri dan menjadi satu herba dalam Ayuverda untuk membuat serum kerana ia tidak berbahaya kepada kulit.