AmGeneral Insurance Berhad (AmGeneral Insurance), salah sebuah syarikat insurans terkemuka di negara ini, mengumumkan pelancaran insurans motor dan produk kebakaran baharu yang dipertingkatkan bagi menampung peningkatan permintaan pasaran.

Produk dilancarkan pada 2017 itu sebagai tindak balas kepada Liberalisasi, auto365 Comprehensive Premier yang kini telah meningkatkan ciri-ciri risiko lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif AmGeneral Insurance Berhad, Derek Roberts berkata, ini bagi memenuhi jurang liputan antara polisi motor kebakaran dan standard komprehensif.

Malah katanya, auto365 Third Party Fire  Theft (TPFT), kini tersedia untuk menyediakan pelanggan nilai lebih baik daripada cadangan perlindungan piawaian TPFT.

“Kami telah memberi tumpuan kepada penyampaian produk yang berbeza daripada produk tarif standard sementara memberikan nilai yang signifikan kepada pelanggan,” katanya.

Kemuncak utama kepada dasar motor TPFT adalah ‘At Fault Collision Coverage’ ,ini bermakna liputan disediakan untuk pemegang polisi sehingga RM5,000 setiap insiden walaupun disebabkan oleh kesalahan sendiri, katanya.

Memberitahu lanjut, katanya, dalam usaha mengukuhkan penawaran bukan motornya, Fire365 telah dilancarkan bagi menampung permintaan yang semakin meningkat bagi produk asas kebakaran dan peril de-tarif pada harga berpatutan.

"Fire365 menyediakan liputan asas terhadap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat dan letupan oleh gas domestik dengan pelbagai faedah ketidakselesaan tambahan yang disebabkan oleh bahaya ini," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pengedaran AmGeneral Insurance, Grace Quah berkata, AmGeneral Insurance akan terus menghasilkan lebih banyak produk inovatif dan tersendiri ke pasaran dan terus memenuhi keperluan pelanggan juga rakan kongsi yang berubah-ubah.

“Kami berharap produk-produk baharu dan yang dipertingkatkan ini akan melengkapkan rakan-rakan kami yang bernilai dengan daya saing,” katanya.