KUALA LUMPUR - AmBank (M) Bhd telah menerbitkan enam waran berstruktur pelunasan tunai gaya Eropah bagi memenuhi permintaan pelabur bagi alternatif pelaburan dan peluang urus niaga.

Untuk terbitan berkenaan, terdapat enam waran panggilan untuk saham-saham biasa Dialog Group Bhd (DIALOG), Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB), Wah Seong Corp Bhd (WASEONG), Petronas Chemicals Group Bhd (PCHEM), DRB-Hicom (DRBHCOM) Bhd dan Malaysian Bulk Carriers Bhd (MAYBULK).

Dalam satu kenyataan hari ini, AmBank berkata waran-waran berstruktur itu, masing-masing mempunyai kematangan 11 bulan, dan akan disenaraikan pada 10 Februari dengan saiz terbitan, masing-masing sehingga 100 juta.

Tawaran ini ditujukan kepada peniaga yang sofistikated yang mahu berurusniaga berdasarkan kepada hala tuju dan kemudahruapan DIALOG, MHB, WASEONG, PCHEM, DRBHCOM and MAYBULK.

Waran-waran panggilan baharu itu disasarkan kepada pelabur yang mahu meleverajkan pendedahan ke atas kaunter asas. - Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.