SELEPAS kejayaan dengan produk kecantikan dan kosmetik sulungnya, jenama Airiz kini tampil dua produk baharu, iaitu bedak kompak, Airiz Translucent dan Airiz Serum Lipmatte.

Pengasasnya, Noorain Seman berkata, selepas pelancaran produk pertama, sambutan jenama Airiz Serum Foundation mendapat sambutan pengguna.

"Airiz Serum Foundation dijual 500 botol dalam satu minggu.

"Manakala, bagi produk baharu ini Airiz Translucent Powder, kami dapat jual hampir 1,000 unit sehari. Manakala, Lipmatte pula dapat tempahan 3,000 unit dalam masa dua minggu," katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima permintaan mengalakkan dan  menambah kuantiti tempahan stok lebih awal daripada perancangan asal.

Katanya, bedak kompak itu diformulasikan daripada serbuk mutiara agar mengawal minyak pada wajah, membuatkan mekap nampak segar dan tona kulit tampak lebih sekata.

“Bedak ini mempunyai kandungan vitamin E yang boleh melindungi wajah daripada terdedah cahaya matahari secara terus,” katanya.

Manakala, gincu itu mempunyai keunikan tersendiri dengan kandungan serum untuk bibir dan minyak marula tiga kali ganda lebih baik daripada minyak argan.

Gincu itu didatangkan dalam lima warna yang sangat menarik iaitu Carla, Cassandra, Clarissa, Calyta dan Clematis.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.