KUALA LUMPUR - Jawatan timbalan ketua pegawai eksekutif kumpulan sedia ada AirAsia Bhd Datuk Kamaruddin Meranun akan diubah kepada timbalan ketua pegawai eksekutif kumpulan dan presiden Kewangan, Perbendaharaan, Kewangan Korporat dan Undang-Undang kumpulan berkuat kuasa mulai 13 Februari 2012.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat penerbangan tambang  rendah itu juga mengumumkan peletakan jawatan ketua pegawai kewangannya Rozman Omar.

Menurut kenyataan itu, Rozman akan meletakkan jawatan sebagai ketua kewangan serantau AirAsia berkuat kuasa 13 Feb, 2012, untuk menyertai syarikat penerbangan lain.

Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, Malaysia Airlines mengumumkan pelantikan Rozman sebagai ketua pegawai kewangan kumpulannya berkuat kuasa mulai 14 Februari 2012. - Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.