SEBANYAK lima juta tempat duduk promosi ditawarkan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 11 September sehingga 17 September 2017 untuk tempoh perjalanan dari 1 Mac 2018 sehingga 21 November 2018.

Pelanggan boleh menikmati tambang promosi dari serendah RM0 ke pelbagai destinasi seperti dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Brunei, Lombok, Shantou, Kolkata, Phnom Penh, Pattaya dan Davao melalui penerbangan AirAsia (AK), dan tambang dari RM199* dari Kuala Lumpur ke Taipei, Shanghai dan Sydney melalui penerbangan AirAsia X (D7). 

Penumpang AirAsia X juga boleh menikmati tempat duduk Premium Flatbed dari RM699 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Seoul, Osaka dan Taipei.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, AirAsia akan terus menambah penerbangan, untuk menjadikan perjalanan lebih mudah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AIRASIA melancarkan moto “AirAsia Loves Asean”, inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, pembangunan tenaga kerja dan ekonomi sempena ulang tahun ke-50 Asean.
  • AIRASIA menawarkan sehingga 5 juta tempat duduk percuma dari 13 November 2017 hingga 19 November 2017 untuk perjalanan antara 7 Mei 2018 dan 31 Januari 2019 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.
  • AIRASIA X akan memulakan perkhidmatan penerbangan terus dari sini ke Jaipur, ibu kota Rajasthan, India, dengan penerbangan empat kali seminggu bermula 5 Februari, 2018.
  • AIRASIA Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia, telah menerima pengiktirafan emas di bawah kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan untuk selama lapan tahun berturut-turut melalui Anugerah Jenama Putra 2017, menandakan kehadirannya yang terus membuat penerajuan dalam industri.
  • PELEPASAN cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas barangan import bernilai tinggi seperti pesawat oleh syarikat tempatan akan meningkatkan daya saing dalam industri itu serta menjadikan sektor penerbangan lebih cergas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.