AirAsia mansuh yuran tempahan
$entry.content.caption.value

Syarikat penerbangan tambang murah dunia, AirAsia memansuhkan pembayaran yuran pemprosesan tempahan atas talian (online) dengan penggunaan kad prabayar eksklusif Big visa khas bagi pengguna tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Big, Johan Aris berkata, pemansuhan yuran pemprosesan itu memberi manfaat kepada pengguna AirAsia dan pemegang kad prabayar Visa Big.

“Kami sedang berusaha mengembangkan permohonan visa pembayaran dalam tempoh terdekat, sekali gus memberi manfaat kepada pengguna selu­ruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan berkata, pengecualian yuran pemprosesan kepada pemegang kad prabayar visa Big memberi pilihan kepada pengguna membuat pembayaran melalui pelbagai kaedah.

Sempena pemansuhan yuran pemprosesan menerusi kad prabayar visa Big, Big menawarkan tempoh penebusan terhad sehingga 12 Februari ke pelbagai destinasi.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.