AIRASIA melancarkan moto “AirAsia Loves Asean”, inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, pembangunan tenaga kerja dan ekonomi sempena ulang tahun ke-50 Asean.

Inisiatif itu terdiri daripada program Kerjasama Universiti Asean AirAsia, Hari Keusahawanan Asean, Kem Wartawan Asean dan Program Pertukaran Allstars.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkata moto tersebut merupakan antara inisiatif yang digariskan oleh syarikat penerbangan dan promosi destinasi Asean yang berterusan akan dapat membantu merapatkan komuniti dan ekonomi berikutan rantau ini menuju ke arah persefahaman dan integrasi yang lebih baik.

“Kejayaan kami adalah kerana Asean. Sebagai syarikat penerbangan sebenar Asean, kami mahu merapatkan penduduk di rantau ini sejajar dengan tugas luar biasa yang dilaksanakan oleh kumpulan serantau ini sejak lebih 50 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Antara program tersebut, Hari Keusahawanan Asean, akan mengukuhkan komitmen AirAsia kepada usahawan Asean dengan mengadakan forum untuk mempelajari daripada syarikat pemula niaga yang terbaik di rantau ini dan sebagai platform untuk membangunkan dan memasarkan perniagaan mereka.

AirAsia akan turut menganjurkan Kem Wartawan Asean untuk menggalakkan pelaporan yang lebih baik di rantau ini dan membina pemahaman yang lebih baik mengenai jenama rantau Asean, cara pertubuhan itu berfungsi, isu-isu sosial, pembangunan dan integrasi serta pelancongan berasaskan komuniti yang mampan. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AIRASIA X akan memulakan perkhidmatan penerbangan terus dari sini ke Jaipur, ibu kota Rajasthan, India, dengan penerbangan empat kali seminggu bermula 5 Februari, 2018.
  • AIRASIA Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia, telah menerima pengiktirafan emas di bawah kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan untuk selama lapan tahun berturut-turut melalui Anugerah Jenama Putra 2017, menandakan kehadirannya yang terus membuat penerajuan dalam industri.
  • SYARIKAT penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, AirAsia, menambah snek baharu, Onigiri atau nasi kepal Jepun, di dalam menu penerbangannya.
  • KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes bakal menerima anugerah pemimpin perniagaan sebagai pengiktirafan di atas sumbangannya dalam landskap ekonomi Asia menerusi Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia Asia House 2017 yang akan diadakan di Hong Kong pada 27 November ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.