AirAsia Inc (Filipina) menerima sijil pengendalian udara (AOC) daripada pihak berkuasa penerba­ngan Filipina (Caap) sebagai pengangkutan udara komersial yang membenarkan membawa penumpang dari pusat penerbangan di Clark, Manila ke destinasi domestik dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Operasinya, Marrianne Hontiveros berkata, kerjasama itu memberi pilihan kepada pelancong Filipina dan seluruh dunia, sekali gus membantu meningkatkan jumlah pelancongan bagi hab laluan Lapangan Terbang Diosdado Maca-pagal (DMIA) di Filipina.

Menurutnya, AirAsia Inc akan akan memulakan operasi domestik dan antarabangsa dengan penerbangan baru Airbus A-320s yang diterbangkan dari kilang Airbus di Toulouse, Perancis bermula minggu depan.

AirAsia Inc didaftarkan dengan suruhanjaya sekuriti dan bursa pada Mac tahun lalu yang terlibat dalam perniagaan pengangkutan udara di Filipina dan luar negara merangkumi penumpang dan kargo.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.