A&W bermula pada Jun 1919 di 13 Pine Street Lodi, California, hasil kerjasama Frank Wright dengan Roy Allen untuk membantu Wright dalam perniagaan Root Beer pada tahun itu. 

Syarikat restoran makanan segera itu menjadi terkenal di Amerika Syarikat kerana 'cawan beku', di mana cawan itu akan disimpan dalam peti sejuk sebelum dipenuhi  Root Beer, dan dihidang kepada pelanggan.

Pada 1921, Allen memulakan francais minumannya, yang boleh dikatakan operasi francais makanan pertama yang berjaya seterusnya mengaut keuntungan lumayan hasil perniagaan francais dan jualannya.

Kemudian, pada 1924 Roy Allen meneruskan perniagaan francais, yang menjadi rantaian restoran francais pertama di Amerika. 

Ketika itu, dia menjual A&W Root Beer secara eksklusif bagi memastikan kualitinya terjaga. Hasilnya menjelang 1933, lebih 170 cawangan francais berjaya dibuka.

Semasa Perang Dunia Ke-2, A&W Root Beer terus berdiri kukuh, biarpun terdapat catuan gula daripada kerajaan seterusnya berjaya buka lebih daripada 450 francais.

Akhirnya pada 1950, Roy Allen bersara dan menjual perniagaan itu kepada Gene Hurtz. Pada 1963, Gene Hurtz menjual pula syarikat A&W Root Beer kepada Syarikat J Hungerford Smith.

Banyak perubahan berlaku pada tahun 60-an dan 70-an, di mana pelanggan hanya mendapatkan A&W Root Beer di Restoran A&W.

Restorannya yang pertama dibuka di luar negara iaitu di Guam bermula 1962. Kemudian terus berkembang ke negara-negara Filipina dan Malaysia pada 1963.

Pada  1989, A&W buat perjanjian dengan Bar Snek Carousel yang berpusat di Minnesota untuk menukarkan 200 kedai rantaian (kebanyakannya kios di pusat beli-belah) ke A&W Hot Dogs & More. 

Pada akhir 2000-an, A&W menambah francais dengan teknologi moden, merangkumi restoran pandu lalu dan meja santai. 

Sebelum dimiliki oleh jenama Yum!, rantaian itu kemudiannya dijual kepada konsortium francais A&W, melalui A Great American Brand LLC, pada Disember 2011.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • RESTORAN A&W (Malaysia) Sdn Bhd (A&W) akan terus mengukuhkan kedudukan restoran makanan segera itu di seluruh Malaysia dengan menambah pembukaan restoran baharu secara agresif walaupun berdepan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
  • PETALING JAYA - A&W Malaysia perlu mencari kelebihan pasarannya dan kekal berdaya saing dalam sektor makanan segera Malaysia, kata Pengarah Urusan Kumpulan KUB, Datuk Wan Mohd Nor Wan Ahmad.
  • KUB Malaysia Bhd (KUB) menerusi jenama makanan segera A&W Malaysia merancang melepaskan 40 peratus pegangan saham kepada pelabur tunggal dan mengekalkan pegangan majoriti 60 peratus.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.