7-ELEVEN Malaysia melancarkan peraduan Slurpee Siku yang berlangsung sehingga 29 Januari dengan ganjaran hadiah sehingga RM72,000.

Pengurus Besar Pemasarannya, Ronan Lee berkata, peraduan ini merupakan penghargaan kepada pelanggan setia yang sentiasa beri sokongan berterusan.

"Untuk menghargai mereka, kami menawarkan pelbagai kempen dan promosi menarik untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka," katanya.

Katanya, untuk menyertai peraduan ini, pembeli perlu beli Slurpee dalam pelbagai saiz di mana-mana kedai 7-Eleven, simpan resit dan ambil video kreatif berdurasi tujuh saat sambil minum Slurpee dan memuatnya di Instagram dan Facebook dengan hashtag #TheSlurpeeSikuChallenge, #MitsubishiElectric dan #7ElevenMY.

Pemenang paling kreatif akan bawa pulang hadiah bernilai lebih RM25,000, antaranya peti sejuk Mitsubishi LX Grande 630L berharga RM5,959; tiga unit pendingin hawa Mitsubishi Kirigamine 1.5HP bernilai RM4,559 setiap satu; dan Apple iPhone X (64GB) bernilai RM5,457.

Manakala, tujuh hadiah istimewa akan bawa pulang peti sejuk Mitsubishi LX Grande 630L dan 20 pemenang sagu hati bawa pulang kipas elektrik Mitsubishi  (LV 16 GU) berharga RM263.