11STREET, pasaran dalam talian terkemuka, menawarkan harga menarik untuk lebih 3,000 peralatan kediaman dan barangan runcit dengan diskaun sehingga 50 peratus, sempena Tahun Baharu Cina.

Naib Presiden Perdagangannya, Bruce Lim berkata, pelanggan 11street juga berpeluang menikmati penjimatan tambahan dengan mengunjungi laman promosi untuk memuat turun diskaun  RM20, sehingga 4 Mac ini.

"Selain itu, kami  tawarkan penghantaran percuma tertakluk pada terma dan syarat," katanya.

Sejak ditubuhkan pada 2008, di Korea Selatan, 11street kini penyedia pasaran e-Dagang terkemuka dengan 400,000 penjual menyediakan khidmat kepada lebih 30 juta pelanggan seluruh dunia.