10 PESERTA berkarisma dan mempunyai keunikan tersendiri serta tampil menarik pada peringkat separuh akhir pertandingan Pencarian Duta Miss Beauarti Malaysia 2018, 7 April lalu, berjaya mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 6 Mei akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Beauarti, Norja Amin berkata, penilaian terhadap peserta dibuat berdasarkan komitmen dan disiplin serta kesungguhan mereka dalam melunaskan tanggungjawab diberikan.

Menurutnya, pertandingan itu dilaksanakan bagi memastikan ketelusan seorang Duta Produk dalam mewakili produknya.

"Bermula Januari 2018, seramai 20 peserta pelbagai kaum iaitu seramai 13 berbangsa Cina, enam berbangsa Melayu serta seorang berbangsa India didedahkan dengan ilmu penjagaan imej, keperibadian, etika dan tanggungjawab sosial.

"Program lapan minggu yang diikuti kesemua peserta itu merangkumi semua aspek kecantikan dalaman dan luaran. Beauarti yakin tugas sebagai duta produk adalah mewakili pengguna produk tersebut sekali gus produk yang diwakili," katanya ketika ditemui selepas pertandingan separuh akhir Pencarian Duta Miss Beauarti Malaysia 2018, di Subang.

Turut diadakan pada pertandingan itu ialah pengumuman kemenangan Miss Popularity, Gan Pooi Shun, Miss Photogenic, Wawa Amri dan Miss Congeniality, Chia Ann Ri.   

Norja berkata, Miss Beauarti Malaysia 2018 adalah program pencarian duta produk yang julung kali diadakan di Malaysia oleh produk penjagaan kulit wajah, Beauarti dari Korea yang halal dan organik, malah pertandingan tersebut penting kerana ia mewakili integriti produk.

"Dengan senario lambakan produk penjagaan kulit di pasaran, program ini diharap dapat meyakinkan pengguna bahawa ia merupakan produk berkualiti dan selamat digunakan. Sekali gus meletakkan Beauarti sebagai jenama diyakini dan ketelusan dalam pemasaran produk adalah penting bagi imej syarikat," katanya.

Norja berkata, beliau berharap 10 peserta dipilih akan melakukan yang terbaik untuk menarik hati juri dan membawa pulang hadiah utama iaitu gelaran Duta Beauarti, wang tunai RM24,000 dan percutian ke Korea berserta wang saku RM3,000, barangan produk Beauarti dan rawatan penjagaan gigi oleh Drs Wong & Partners.

Selain itu, hadiah istimewa Pemenang Senyum Terindah juga bakal menerima rawatan penjagaan gigi Smile Link berjumlah RM25,000 sekali gus menjadi Duta Smile Link.

Pertandingan separuh akhir itu diadili barisan juri selebriti , Jan Chin Voon Ping, Drs. Wong & Partners,  Dr Ha Kien Oon, Ketua Pegawai Eksekutif MYMiniweb, Datuk Seri Michael Teh dan Norja.