SHAH ALAM - Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di perkarangan sebuah surau di Jalan Platinum, Seksyen 7 di sini awal hari ini.

Menurut jurucakap polis, bayi seberat 3.15 kg itu ditemui orang awam dalam keadaan dibalut dengan selimut pada kira-kira 2 pagi.

"Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan antara tiga dan empat jam sebelum ditemui," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan itu.

"Bayi itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dalam keadaan sihat...siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan. - Bernama

 

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :