• Bapa wartawan Sinar Harian Lipis meninggal dunia Norfarhiza (kanan) bersama ibunya, Harmah menyiram pusara arwah Mohd Atar, semalam.
1 /

TERSANG - Bapa wartawan Sinar Harian Lipis, Norfarhiza Mohd Atar meninggal dunia sekitar jam 10.30 malam kelmarin.

Difahamkan bapanya, Mohd Atar Karim, 56, meninggal dunia di rumahnya di Felda Tersang 3 akibat diserang sakit jantung.

Norfarhiza berkata, pemergian bapanya merupakan sesuatu yang amat mengejutkan kerana kali terakhir dia berjumpa arwah ayahnya itu ialah pada tengah hari kelmarin di mana arwah ayahnya masih lagi berada dalam keadaan sihat.

“Malam semalam saya menerima panggilan telefon dari adik saya memberitahu ayah kejang. Apabila sampai ke rumah, ayah sudah meninggal dunia,” katanya.

Jenazah dikebumikan sekitar jam 10.30 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Felda Tersang.

Arwah Mohd Atar yang merupakan peneroka tanah rancangan ini meninggalkan seorang balu, Harmah ibrahim, 60 dan enam orang anak.