• Shahrizat (kiri) beramah mesra dengan ahli Wanita Umno Kuala Kangsar ketika mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya, semalam. Shahrizat (kiri) beramah mesra dengan ahli Wanita Umno Kuala Kangsar ketika mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya, semalam.
1 /

WANITA Umno Kuala Kangsar tetap fokus dalam perjuangannya memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jentera pilihan raya di kawasan itu sentiasa komited dan bersedia melaksanakan amanah  itu malah bersedia sepenuhnya walaupun menerima ‘kejutan’ baru-baru ini.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan pergerakan jentera di sini yang sememangnya menjadi tulang belakang parti untuk memastikan BN Kuala Kangsar memperoleh kemenangan besar baik Parlimen dan Dun.

“Walaupun kita agak terkejut dengan tindakan bekas pimpinan kita di sini, namun cabaran berkenaan telah kita hadapi malah lanjutan dari itu menjadikan satu jalinan kuat bagi parti khususnya wanita,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama jentera pilihan raya Wanita Umno Kuala Kangsar, semalam.

Pada penamaan calon Sabtu lalu, bekas naib ketua sayap tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim mengejutkan ramai pihak apabila bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar menentang calon BN, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim dari Pas.