Mohamed Sharil dilantik Pengerusi BDB

Gambar kecil: Mohamed Sharil
Gambar kecil: Mohamed Sharil
A
A
A

BINA Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan pelantikan Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai Pengerusi BDB yang baharu berkuat kuasa 1 September 2019.

Mohamed Sharil memiliki pengalaman luas dalam sektor korporat dan pernah bertugas sebagai Peguambela & Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya sebelum menyertai firma guaman Azman Davidson & Co diikuti Zaid Ibrahim & Co yang mengkhusus dalam pembinaan, pembangunan hartanah dan penswastaan ​​sebelum menjadi rakan kongsi sebagai penasihat pelaburan.

"Selepas itu, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 16 Oktober 2011 hingga 31 Disember 2014.

"Di peringkat antarabangsa, beliau merupakan Ahli Lembaga Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN) yang menyelaras domain internet global dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kerajaan (GAC) ICANN dari tahun 2004 hingga 2007," kata BDN menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau telah bekerjasama rapat dengan beberapa organisasi terkemuka antarabangsa antaranya Persatuan Internet (ISOC), Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Bank Dunia, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Telekomunikasi Asia Pasifik (APT), Persatuan Telecoms Kepulauan Pasifik (PITA), Komanwel Telecoms (CTO) dan UNICEF yang menumpukan dalam bidang latihan dan pembinaan kapasiti.

Dalam pada itu Lembaga Pengarah BDB berkata, syarikat optimis pelantikan Mohamed Sharil mampu memimpin dan menyokong pasukan BDB dalam memacu perancangan pemulihan syarikat yang telah dirancang pada Suku Pertama 2019.

Mohamed Sharil turut menyatakan penghargaannya kepada Ahli Lembaga BDB atas sokongan dan kepercayaan diberikan.

"Saya tidak sabar untuk bekerja bersama-sama pasukan DB. InsyaALLAH dengan niat kolektif pihak lembaga dan pengurusan untuk memulihkan semula syarikat, kami boleh terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi di Negeri Kedah Darul Aman," katanya.

Artikel Berkaitan: