Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters akan diteruskan

Nik Justin (kiri) menghulurkan bantuan kepada penduduk pada siri pertama Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Sabtu.
Nik Justin (kiri) menghulurkan bantuan kepada penduduk pada siri pertama Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Siri pertama Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters bagi membantu mangsa banjir yang berjalan selama tiga hari berturut-turut akan diteruskan ke kawasan lain yang terjejas.

Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, pada Sabtu, pihaknya berada di Balai Raya Kampung Bestari Jaya, di sini untuk misi bantuan bagi membantu penduduk yang terkesan akibat banjir.

Menurut Nik Justin, pihaknya bersama rakan korporat seperti Agrobank dan GM Klang selain badan bukan kerajaan (NGO) membantu menyalurkan bantuan berupa kit penjagaan kendiri Covid-19, pelitup muka serta peralatan pembersihan rumah dan makanan.

"Alhamdulillah ramai penduduk kampung di sini berbesar hati menerima sumbangan daripada Sinar Harian bersama rakan misi yang lain.

"Siri pertama selama tiga hari yang bermula pada 23 Disember di Kampung Kebun Bunga dikuti Kampung Lombong, Shah Alam sebelum di Kampung Bestari Jaya telah berakhir.

"Bagaimanapun, misi ini tidak akan tamat di sini dan akan terus bergerak ke kawasan lain yang terjejas," katanya kepada Sinar Harian dalam Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters di sini pada Sabtu.

Tambah Nik Justin, beliau berharap ramai NGO, sukarelawan dan individu terus bersama pihaknya untuk teruskan misi ini agar dapat membantu golongan terkesan pulih seperti sediakala.

Sementara itu, Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, selain mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung, pihaknya juga menyediakan kaunter perkhidmatan percetakan dokumen untuk mengisi borang tuntutan bagi memudahkan penduduk.

Artikel Berkaitan:

Katanya, misi bantuan ini turut menyediakan perkhidmatan kesihatan.

"Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat mengurangkan dan meringankan bebanan yang ditanggung penduduk kampung.

"Kita amat mengalukan sumbangan daripada mana-mana pihak dan misi siri pertama ini menjadi lonjakan untuk kita tambah baik," katanya.

Justeru, beliau berharap peluang dalam misi ini digunakan sebaiknya untuk refleks diri kerana ia juga adalah ujian untuk semua.

Nik Justin (kiri) dan Nurhayati (kanan) menghulurkan bantuan kepada penduduk pada siri pertama Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Sabtu.
Nik Justin (kiri) dan Nurhayati (kanan) menghulurkan bantuan kepada penduduk pada siri pertama Misi #BantuanBencana Sinar Harian x Rasuah Busters di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor pada Sabtu.