Pati bergelut, cubaan lolos diri gagal

Khairul Dzaimee (kanan) memeriksa dokumen dalam operasi bersepadu di Batu 30 Dengkil awal pagi tadi.
Khairul Dzaimee (kanan) memeriksa dokumen dalam operasi bersepadu di Batu 30 Dengkil awal pagi tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) berhadapan detik cemas apabila terpaksa bergelut dengan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang cuba melarikan diri dalam operasi bersepadu di kawasan penempatan di Batu 30, Dengkil, hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pegawai yang terlibat juga berdepan cabaran penghuni rumah tidak memberikan kerjasama sehingga memaksa pegawai memecahkan pintu beberapa buah rumah.

"Dalam operasi itu, Imigresen menahan 57 Pati yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Semua Pati yang ditahan berumur di antara 20 hingga 50 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pintu terpaksa pecah masuk selepas penghuni rumah tidak memberi kerjasama kepada pegawai Imigresen.
Pintu terpaksa pecah masuk selepas penghuni rumah tidak memberi kerjasama kepada pegawai Imigresen.

Khairul Dzaimee berkata, dalam operasi itu, secara keseluruhan sebanyak 176 warga asing telah diperiksa.

"Kebanyakan mereka yang diperiksa memiliki kad pengenalan tetap dan ada yang memiliki pas lawatan sosial jangka panjang pasangan kepada warganegara.

"Kesemua tahanan dibawa ke ibu pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Operasi yang bermula pada jam 1 pagi itu disertai 235 pegawai penguatkuasa termasuk dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Daerah Sepang (MP Sepang).