• Dickson beraksi cemerlang untuk membantu Kelantan layak ke final Piala FA buat tiga tahun berturut-turut. Dickson beraksi cemerlang untuk membantu Kelantan layak ke final Piala FA buat tiga tahun berturut-turut.
1 /

JUARA bertahan, The Red Warriors (TRW) mengesahkan slot ke final Piala FA 2013 hasil kemenangan agregat 6-5 pada pertembungan separuh akhir kedua penuh dramatik di Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium, petang semalam.

Pada 25 Mei lalu, skuad Bojan Hodak membawa bekalan 4-1 apabila menewaskan pasukan Penyu pada perlawanan separuh akhir pertama di Kota Bharu.

Dua kad merah menghiasi perlawanan yang penuh tegang apabila Effa Owona dan Manaf Mamat di buang padang kerana mengasari lawan.

Begitu pun, Vincent Bikana menyalakan semangat Penyu hasil jaringan pembukaan melalui sepakan percuma pada minit kelima dan G Puaneswaran menggandakan jaringan pada m-26 memastikan kedudukan mereka bertambah kukuh.

Belum sempat Kelantan mengatur langkah,  Owona meledak gol ketiga juga hasil tandukan m-71 dan gol Manaf di m-90 bagaikan membawa Penyu ke pentas akhir namun jaringan Obinna Nwaneripada lewat masa kecederaan mengheret permainan berlarutan ke masa tambahan 30 minit.

Tuah nyata milik Kelantan,  apabila Dickson Nwakaeme mudah menolak masuk bola kemenangan m-119 selepas tendangan luar kotak penalti Indra Putra Mahayuddin gagal ditampan kemas Shamiza Yusof.

Perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 26 Jun depan di Stadium Bukit Jalil.