DARI segi prinsip, ia sama dengan kumpulan Ultras yang lain.Ultra dalam menyokong Hijau Kuning tidak kira ketika pasukan kalah atau menang, di atas ataupun di bawah.
Namun jika ada yang berbeza, Ultras Kedah tiada ketua atau Capo.
“Semua orang boleh jadi ketua dalam menyelaraskan setiapaktiviti kami,” kata seorang ahli yang hanya mahu dikenali sebagai Hasrul.
Menurut Hasrul lagi, Ultras Kedah bukan sebuah pertubuhan.
“Jangan tanyalah pada kami hal struktur organisasi,”katanya sambil tertawa.
Kami hanya berhimpun apabila ada perlawanan melibatkan pasukan Hijau Kuning. Kami akan bersorak sama-sama, berkongsi suara, berkongsi harapan untuk memastikan kemenangan Hijau Kuning. Kami mahu semua pahlawan-pahlawan lebih bersemangat di tengah padang,” katanya lagi.
Dalam hal memberi semangat, Hasrul berkata, ada beza antara peminat dan penyokong.
“Peminat, hanya minat apabila pasukan yang diminati menang tetapi penyokong, seperti kami, kami akan terus sokong tak kira ketika pasukan menang atau kalah, tak kira ketika pasukan berada di atas ataupun di bawah. Itulah Ultras,” katanya.
Seorang lagi ultra, Syahrul berkata, pihaknya tidak mengutamakan wang ataupun nilai-nilai komersil.
“Kami tidak hidup atas tajaan," katanya.
Tahun lalu, kata Syahrul, pihaknya berjaya kumpul RM20,000 menerusi jualan itu untuk biaya aktiviti Ultras Kedah.
Info Ultras Kedah
- Diwujudkan pada penghujung 2009, dan bergerak aktif pada Januari 2010. Ultras Kedah adalah satu kumpulan penyokong yang sentiasa setia kepada pasukan Kedah walau apa pun terjadi dan
mengamalkan budaya menyokong bola sepak tempatan.
- Ultras Kedah sentiasa berdiri di curva Stadium Darul Aman sepanjang perlawanan Kedah. Ultras Kedah
menamakan curva mereka di Stadium Darul Aman dengan nama “CURVA T1”.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 200 ahli bagi setiap perlawanan melibatkan pasukan Hijau Kuning.
- Kepada yang ingin bersama Ultras Kedah ketika di Stadium Darul Aman anda boleh masuk melalui Pintu T1 atau Gate T1.



