14 pasukan berentap bagi merebut kejuaraan Liga Super 2012 yang bakal membuka tirainya 10 Januari ini.

Perlawanan tumpuan pasti terarah kepada pertemuan membabitkan juara bertahan, Kelantan menentang pendatang baru liga Super Lions XII.

Manakala, juara Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan berdepan gergasi Lembah Klang, Selangor yang kini mendapt sentuhan bekas pengendali Penyu, Irfan Bakti Abu Salim, Skuad Seladang kendalian Norizan Bakar pula dijangka berdepan laluan sukar apabila melayan kunjungan Juara Piala FA 2011, Terengganu.

Juara Liga Perdana 2011, PKNS FC pula dijadual bertemu skuad Lebah yang dibimbing K Devan.

Apa pun, saingan liga musim ini dijangka sengit dan menarik berikutan kehadiran semula khidmat pemain import yang bakal menguatkan pasukan masing-masing.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.