‘RM5 harga tiket final Piala Presiden 2012’
Piala Presiden 2012

BERITA baik untuk semua penyokong bola sepak Perak apabila Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), hanya mengenakan tiket berharga RM5 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Presiden 2012 yang menemukan Perak dan NS Betaria esok, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Setiausaha Kehormat Pafa, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin berkata, tiket berkenaan boleh mula didapati kaunter tiket di pintu masuk utama mulai 7 petang pada hari perlawanan.

Menurutnya lagi, pemilik kad semusim juga boleh menggunakan kad milik mereka untuk akses masuk ke stadium menerusi pintu utama di grandstand.

“Pada hari perlawanan nanti, kita hanya akan membuka pintu masuk utama (grandstand), sahaja. Semua kemasukan penonton adalah di situ.

“Bagaimanapun, mereka (penyokong), bebas untuk duduk di mana-mana kawasan stadium bagi menyaksikan perlawanan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Abdul Aziz berharap orang ramai dapat hadir beramai-ramai ke Stadium Perak Khamis ini bagi memberi sokongan padu kepada pemain skuad Piala Presiden Perak.

Katanya, sokongan sedemikian pastinya bakal menyemarakkan lagi semangat kesebelasan pemain Yob Muda berkenaan untuk tampil mempamerkan aksi terbaik dan seterusnya mencatat kejayaan pada perlawanan akhir  berkenaan.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.