Piala Presiden 2012
SEREMBAN - Pasukan kelab NS Betaria FC mahu membuat kejutan pada perlawanan akhir bola sepak Piala Presiden 2012 menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam esok (21 Jun).
Setiausaha kelab itu Satwant Singh berkata pasukannya yang pertama kali menyertai pertandingan itu, dan berjaya melangkah ke perlawanan akhir, mempunyai misi besar untuk menang.
"Berdasarkan prestasi pemain dan rekod perlawanan, kami yakin mampu membuat kejutan. Kami mahu membuat sejarah bagi membuktikan pasukan berstatus kelab seperti NS Betaria FC mampu menyaingi pasukan lawan. Saya harap pemain akan bermain bersungguh-sungguh dan membuktikannya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap para penyokong Negeri Sembilan akan datang beramai-ramai ke Stadium Perak malam esok untuk memberi sokongan padu kepada pasukannya kerana NS Betaria FC membawa bendera dan nama Negeri Sembilan.
Pada perlawanan separuh akhir baru-baru ini, NS Betaria FC menewaskan pasukan PKNS, Selangor dengan agregat 1-0.- Bernama
- Liga Super: PBNS wajar beri kata dua
- Piala AFF: Harap pemain pamer aksi terbaik
- PBNS, YNS kerjasama wujudkan Akademi Bola Sepak Negeri Sembilan
- Skuad Rusa tampil muka baru
- MB kecewa NS gagal misi pertahan Piala Malaysia
- PBNS: NS tetap beri kepercayaan kepada Mohd Azaari
- Ganjaran RM50,000 kepada skuad Rusa jika mara suku akhir
- Pemain bola sepak pasukan pelapis kebangsaan dipilih 27-28 Sept
- Piala Presiden: NS Betaria mahu buat kejutan
- Pemain import NS hilang RM38,000 disimpan dalam kereta



