Safiq Rahim, Zaquan Adha, Aidil Zafuan Abdul Razak
Safiq Rahim, Zaquan Adha, Aidil Zafuan Abdul Razak

MESKIPUN saingan Liga Malaysia musim 2013 bermula, beberapa pasukan kini giat menjalankan aktiviti ‘memancing’ pemain kelab lain bagi memperkuat cabaran pasukan masing-masing.

Pasukan berpangkalan di selatan tanah air, Johor khabarnya cuba membawa masuk nama besar seperti penyerang Pelita Jaya, Safee Sali; Kapten Pasukan Selangor, Safiq Rahim dan pemain kembar, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan Abdul Razak.

Begitu juga ‘gelora’ yang melanda skuad Selangor selepas beberapa tunjang utamanya mengambil keputusan ‘angkat kaki’ musim depan kerana gagal dalam Misi 33 dilancarkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Biarpun masih peringkat awal dan belum kata putus, ia sekurang-kurangnya dapat memeriahkan saingan liga tempatan yang mula menambat hati penyokong bagi membanjiri stadium seluruh negara.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.