Justin Ganai kecewa
$entry.content.caption.value

TIADA lagi wakil Borneo yang mara ke pusingan kedua Piala FA musim ini, selepas Sabah tumbang 0-2 kepada pasukan Liga Perdana, Sime Darby, kelmarin.

Pengendalinya, Justin Ganai kecewa dengan kegaga­lan pemain kerana menyifatkan mereka berhak melangkah ke peringkat seterusnya.

“Mungkin pemain terlalu yakin memenangi perlawanan tersebut kerana beranggapan lawan sekadar beraksi di kancah Liga Perdana.

“Sepatutnya, kami tiada masalah menundukkan Sime Darby. Tapi, malangnya kami di hukum dengan kekalahan ini,” katanya.

Sabah yang merupakan pemenang edisi 1995 ditunjukkan jalan keluar menerusi dua jaringan tuan rumah, Shazlan Alias dan penyerang import dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh pada babak pertama.

Dalam pada itu, Justin bersedia menurunkan barisan terbaiknya pada pertembu­ngan persahabatan berdepan Harimau Malaya di Kota Kinabalu, 24 Februari ini.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.