Ismail mahu pecah tradisi
$entry.content.caption.value

SIME Darby FC enggan berpesta terlalu awal, meskipun berjaya mara ke pusingan kedua Piala FA buat pertama kalinya apabila mengatasi pasukan Liga Super, Sabah kelmarin.

Mengakui berbangga dengan kejayaan anak buahnya, jurulatih Ismail Zakaria, menegaskan semua pemain perlu berhati-hati dengan memastikan setiap kelemahan dan kesilapan diperbaiki dengan segera.

“Bagi saya komitmen dan fokus setiap pemain amat penting. Elemen inilah yang diperlukan sekiranya mahu mengatasi pasukan elit.

“Apa pun, saya berharap kami mampu melangkah sehingga ke peringkat akhir, seterusnya menjadi kelab pertama menjulang Piala FA musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail enggan terlalu yakin menjelang perlawanan pusingan kedua menentang USM FC, apabila kelebihan dilihat berpihak kepada pasukannya berdasarkan kedudu­kan Liga Perdana ketika ini.

“Pada pertemuan liga 10 Februari lalu, kami membelasah USM 4-1. Tapi, saingan Piala FA adalah berbeza.

“Kami tidak boleh terlalu yakin, sebaliknya fokus untuk melakar kemenangan,” katanya.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.