KOTA BHARU – Bekas Ketua Jurulatih UPB My Team musim 2006-2009, Bojan Hodak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hambra Red Warriors (ARMY) berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Hodak, 41, diumumkan oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Ismail Md Noor pada sidang media di Kafe The Red Warriors di sini, tengah hari tadi.
Pemilihan Hodak sebagai CEO ARMY yang baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh B Sathianathan yang kini beralih arah membimbing pasukan ATM dalam kancah Liga Perdana musim ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



