Zambia julang Piala Negara Afrika 2012 menerusi penalti
$entry.content.caption.value

LIBREVILLE -  Zambia menjulang Piala Negara Afrika, buat julung kali dengan menumpaskan Ivory Coast 8-7 menerusi tendangan penalti selepas seri tanpa jaringan.

Ia kejayaan pertama dalam kejohanan itu bagi Zambia selepas kekecewaan dalam dua perlawanan akhir sebelum ini.

Ivory Coast berpeluang menang dalam 90 minit pertarungan tetapi ketua pasukan Didier Drogba terlepas tendangan penalti pada minit ke-70.

Permainan berlarutan tanpa gol pada masa tambahan.

Sembilan belas tahun selepas nahas udara yang mengorbankan 18 anggota pasukan di Libreville, negara itu kembali ke ibu negara Gabon untuk merakamkan kemenangan paling bermakna.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.