Claudio Ranieri
$entry.content.caption.value

INTER Milan dikatakan bakal memecat Claudio Ranieri, jika dia menghadiahkan satu lagi kekala­han kepada kelab itu.

Laporan media Itali menyebut, Presiden Inter, Massimo Moratti berang selepas Inter tumpas 0-3 kepada Bologna pada perlawanan Serie A, minggu lalu.

Malah, Moratti memberi amaran nasib Ranieri bergantung kepada keputusan perlawanan Liga Juara-Juara menentang Marseille minggu ini.

Sumber kelab turut mendedahkan, Moratti sudah menyenaraikan Beppe Baresi sebagai pengendali sementara Inter sambil Luiz Figo disebut selaku pembantunya jika Ranieri dipecat.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.