Penjaring terbanyak Borrusia Dortmund, Robert Lewandowski bakal ketuai
jentera serangan Poland di Euro bermula 8 Jun ini.
TUAN rumah bersama Euro 2012, Poland membina keyakinan tinggi menjelang sepak mula Euro 8 Jun ini selepas menundukkan Andorra 6-0, kelmarin.
Sebelum ini, pasukan kendalian Franciszek Smuda itu diramal berdepan laluan sukar untuk melangkah ke pusingan kedua apabila diundi dalam Kumpulan A bersama Russia, Republik Czech dan juara 2004, Greece.
Namun, dengan kemenangan terbaru itu Smuda optimis Poland mampu menjadi negara tuan rumah pertama yang menjulang kejuaraan tersebut.
“Kami mempunyai peluang yang baik untuk melangkah sekurang-kurang ke suku akhir atau lebih jauh dari itu. “Bagaimanapun perlawanan pertama (menentang Greece) Jumaat ini penting untuk pemain bagi membuktikan momentum kecemerlangan yang sama dapat dikekalkan untuk perlawanan seterusnya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas kecederaan belakang Lukasz Fabianski yang dialami pada perlawanan menentang Slovakia, Sabtu lalu.
- Nasri, Ben Arfa undang masalah
- Ranking: Sepanyol kekal mahkota, England baiki kedudukan
- Euro 2012: Denmark dan Jerman selesa, tidak boleh dabik dada
- Euro 2012: Fakta ringkas perlawanan (Hari Kedua)
- Euro 2012: Motivasi pemain tinggi: Bosque
- Euro 2012: Azzuri mampu atasi Sepanyol
- Euro 2012:Kumpulan C: Croatia hormati Republik Ireland
- Kumpulan C: Sepanyol dan Itali pilihan ke suku akhir
- Mario Gomez peledak berbisa Jerman
- Loew puji aksi Gomez, Jerman mahu teruskan kejutan



