Kelebihan dan kekurangan pasukan Kumpulan B
Pemain pilihan Kumpulan B

BERIKUT penilaian empat pasukan yang berada dalam Kumpulan B iaitu Jerman, Belanda, Portugal dan Denmark.

 

 

KUMPULAN B

JERMAN

Penjaga gol: Manuel Neuer (Bayern Munich), Tim Wiese (Werder Bremen), Ron-Robert Zieler (Hannover).

Pertahanan: Holger Badstuber (Bayern Munich), Jérôme Boateng (Bayern Munich), Benedikt Hoewedes (Schalke), Mats Hummels (Borussia Dortmund), Philipp Lahm (Bayern Munich), Per Mertesacker (Arsenal), Marcel Schmelzer (Borussia Dortmund).

Tengah: Lars Bender (Bayer Leverkusen), Mario Götze (Borussia Dortmund), Ilkay Gundogan (Borussia Dortmund), Sami Khedira (Real Madrid), Toni Kroos (Bayern Munich), Thomas Müller (Bayern Munich), Mesut Ozil (Real Madrid), Marco Reus (Borussia Mönchengladbach), Andre Schürrle (Bayer Leverkusen), Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich).

Penyerang: Mario Gomez (Bayern Munich), Miroslav Klose (Lazio), Lukas Podolski (Cologne).

Kekuatan: Selepas mara ke final pada 2008, Die Mannschaft, terus menjadi pilihan sekali lagi mara ke final pada Euro 2012. Pemain tengah Bayern Munich, terus menjadi sandaran jentera tengah menghidupkan serangan peluang menjaringkan gol.

Kelemahan: Ramai pemain Bayern Munich membuktikan Joachim Löw sememangnya mahu pemain terbaik menyertai pasukan berkenaan. Namun,igaun ngeri  kegagalan Bayern Munich pada saingan Bundesliga dan Liga Juara-juara perlu dihapuskan daripada ingatan Thomas Mueller dan  Mario Gomez.

 

BELANDA

Penjaga gol: Maarten Stekelenburg (Roma), Tim Krul (Newcastle United), Michel Vorm (Swansea City).

Pertahanan: Khalid Boulahrouz (VFB Stuttgart), Wilfred Bouma (PSV Eindhoven), John Heitinga (Everton), Joris Mathijsen (Malaga), Ron Vlaar (Feyenoord), Gregory van der Wiel (Ajax), Jetro Willems (PSV Eindhoven).

Tengah: Ibrahim Afellay (Barcelona), Mark van Bommel (PSV Eindhoven), Nigel de Jong (Manchester City), Stijn Schaars (Sporting), Wesley Sneijder (Inter), Kevin Strootman (PSV Eindhoven), Rafael van der Vaart (Tottenham Hotspur).

Penyerang: Klaas Jan Huntelaar (Schalke), Luuk de Jong (Twente), Dirk Kuyt (Liverpool), Luciano Narsingh (Heerenveen), Robin van Persie (Arsenal), Arjen Robben (Bayern Munich).

Kekuatan: Naib juara Piala Dunia 2010 ini diletakan dalam Kumpulan B bersama jagoan hebat seperti Jerman, Portugal dan Denmark. Kekuatan setiap bahagian dikemudi kombinasi senior dan junior khasnya bahagian sayap menjadi penentu kejayaan Euro 2012.

Kelemahan: Bert  Van Marwijk hanya mempunyai masalah pada bahagian jentera pertahanan Oranje yang perlu diperkukuhkan kerana begitu dibolosi jika lawan bermain secara defensif seperti Denmark dan Portugal.

 

PORTUGAL

Penjaga gol: Eduardo (Benfica), Rui Patrício (Sporting Lisbon), Beto (CFR Cluj).

Pertahanan:  João Pereira (Sporting Lisbon), Fábio Coentrão (Real Madrid), Bruno Alves (Zenit St Petersburg), Rolando (Porto), Ricardo Costa (Valencia), Pepe (Real Madrid), Miguel Lopes (Braga).

Tengah: Raul Meireles (Chelsea), Miguel Veloso (Genoa), João Moutinho (Porto), Rúben Micael (Real Zaragoza), Hugo Viana (Braga), Custódio (Braga).

Serangan: Nani (Manchester United), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Hugo Almeida (Besiktas), Ricardo Quaresma (Besiktas), Silvestre Varela (Porto), Hélder Postiga (Real Zaragoza), Nélson Oliveira (Benfica).

Kekuatan: Cristiano Ronaldo menjadi sandaran  Paulo Bento untuk naib juara 2004 melakar sejarah di peta dunia pada kejohanan ini. Kepantasan dan kelicikan penyerang Real Madrid ini akan menjadi duri dalam daging lawan.

Kelemahan: A Selecção tidak mempunyai nasib begitu baik dalam kejohanan di pentas Eropah sejak kebelakangan ini kerana walaupun mempunyai pemain bertaraf bintang mewakil kelab hebat di Eropah tetapi masih gagal melakar kejayaan apabila menyarung jersi Portugal.

 

 

DENMARK

Penjaga gol: Kasper Schmeichel (Leicester City), Stephan Andersen (Evian), Anders Lindegaard (Manchester United).

Pertahanan: Simon Kjaer (Roma), Daniel Agger (Liverpool), Simon Poulsen (AZ Alkmaar), Lars Jacobsen (Copenhagen), Andreas Bjelland (Nordsjaelland), Jores Okore (Nordsjaelland), Daniel Wass (Evian).

Tengah: Christian Poulsen (Evian), William Kvist (Stuttgart), Christian Eriksen (Ajax), Lasse Schone (NEC), Michael Silberbauer (Young Boys), Jakob Poulsen (Midtjylland), Thomas Kahlenberg (Evian), Niki Zimling (Club Brugge).

Penyerang: Michael Krohn-Dehli (Brondby), Dennis Rommedahl (Brondby), Nicklas Bendtner (Sunderland), Nicklas Pedersen (Groningen), Tobias Mikkelsen (Nordsjaelland).

Kekuatan: Percaturan taktikal jurulatih berpengalaman, Morten Olsen menceritakan kehebatan juara 1992 ini apabila berhadapan dengan pasukan hebat seperti Jerman, Belanda dan Portugal bulan ini.

Kelemahan: Pasukan banyak bergantung pada percaturan taktikal, kreativiti dan formasi 4-3-3, yang dirangka Olsen  kemudian disudahkan Nicklas Bendtner dan rakan menyudahkannya, pada masa sama berharap keciciran mata pasukan lain.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.