32 kelab bertanding Liga Bawah-12 1MCC
$entry.content.caption.value

SEBANYAK 32 kelab bola sepak, termasuk dua dari Pulau Pinang dan satu dari Perak, akan berentap dalam Liga Bawah 12 Tahun 1Malaysia Cardiff City (1MCC) kali kedua di Sungai Buloh mulai 3 Mac.

Pengerusi 1MCC dan Cardiff City Football Club (Holdings) Limited, Datuk Chan Tien Ghee berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan liga itu di Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Sungai Buloh pada 31 Mac.

Diiktiraf Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), liga itu yang sebelum ini dikenali sebagai Liga Bawah 12 Tahun Bola Sepak Remaja 1MCC (1MCC-JFL), akan menyaksikan 32 pasukan itu dibahagikan kepada dua kumpulan yang beraksi masing-masing dalam 15 perlawanan setiap hujung minggu di RRI dengan 16 pasukan (lapan daripada setiap kumpulan) bertarung secara kalah mati.

Juara akan menerima hadiah­ wang RM10,000 dan piala, naib johan (RM5,000 dan piala), tempat ketiga (RM1,500) dan keempat (RM1,000).

Tien Ghee berkata, beliau sendiri mencari pemain berkebolehan dari kejohanan itu untuk menjalani ujian percubaan di akademi kelab itu di Wales.


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.