Ejen kepada Yaya Toure, Dimitri Seluk mengesahkan beliau (Toure) mempelawa tawaran dari bekas kelabnya, Barcelona dan Real Madrid.
Dalam satu kenyataan dibawa The Sun, beliau berkata."Dia telah melakukan semua yang dia boleh lakukan di Manchester City dan memerlukan motivasi baru.
"Toure boleh menandatangani untuk kelan-kelab besar seperti Chelsea dan Bayern Munich. Kami juga ingin melihat Barca menyertai perlumbaan ini."
Berita itu akan menjadi satu tamparan besar kepada penyokong City yang memuja Toure.
Seluk menambah, "Saya tidak bercakap dengan Barca tetapi mereka tahu keadaan ini. Saya tidak tahu jika Madrid berminat tetapi Jose Mourinho berminat dengan Toure ketika beliau melatih pasukan Chelsea."
Apabila Toure, 29, berkata mahu kembali ke Barca minggu lalu, pengurus City, Roberto Mancini mendakwa beliau salah faham.
Tetapi dia harus menjaga kontrak 24 juta beliau, yang masih berbaki tiga tahun.
Walau bagaimanapun, Mancini yakin 100 peratus bahawa penyerang Mario Balotelli akan kekal di City musim depan dan Carlos Tevez juga menyatakan hasrat yang sama.
Mancini berkata, "Saya dapat mengesahkan Balotelli akan kekal, 100 peratus. Beliau perlu menggunakan otak untuk bekerja. Itulah satu-satunya masalah."



