Gerard Pique
$entry.content.caption.value

MANCHESTER United dan Chelsea dilaporkan telah menghubungi pertahanan Barcelona, Gerard Pique.

Pique menjadi perhatian kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, selepas dia digugurkan daripada kesebelasan utama Liga Juara-juara menentang Bayer Leverkusen, baru-baru ini.
 
Sumber mendedahkan, tindakan itu diambil sebagai satu bentuk hukuman selepas Pique beraksi buruk ketika Barca tewas 2-3 kepada Osasuna pada saingan liga, minggu lalu.
 
Malah, pengendali Barca, Pep Guardiola dikatakan hilang sabar terhadap sikap Pique yang didakwa besar kepala.
 
“Jika perselisihan faham ini berterusan ada kemungkinan Pique meninggalkan Barca,” kata sumber itu.
 
Pique sebelum ini pernah beraksi di bawah tunjuk ajar Sir Alex Ferguson turut diintai Juventus, AC Milan dan Manchester City.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.