Steven Taylor

Newcastle telah mengesahkan bahawa Steven Taylor akan menjalani pembedahan Achilles dan berkemungkinan diketepikan bagi baki musim ini.

 
Beliau mengalammi kecederaan semasa melayan kunjungan Chelsea pada perlawanan liga perdana Inggeris, Sabtu lalu.
 
Selepas penilaian perubatan, Steven Taylor akan menjalani pembedahan esok dan mungkin dia akan menjalani pemulihan sepanjang musim ini.
 
Alan Pardew juga berkemungkinan akan kehilangan ketua pasukan, Fabricio Coloccini pada aksi Sabtu ini menentang Norwich City.
 
Fabricio Coloccini juga dilaporkan mengalami kecederaan ketika aksi menentang Chelse tempoh hari.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.