'Rooney akan kembali jaringkan gol'

ALEX Ferguson mengaku kemarau gol yang dihadapi oleh Rooney adalah disebabkan dia diletakkan untuk mengisi kekosongan pemain tengah.

Sejak dua bulan setengah lalu, beliau masih belum berjaya meledakkan gol di gawang lawan untuk Manchester United. Kali terakhir beliau menjaringkan gol adalah semasa United menang menentang Chelsea, 18 September lalu yang berkeputusan 3-1.

Ferguson bersetuju dengan pendapat menggunakan Rooney di bahagian tengah untuk mengisi tempat Paul Scholes adalah punca beliau hilang sentuhan jaringan gol.

"Mungkin itu adalah sebabnya." kata Ferguson.

"Pada awal musim beliau sangat cemerlang. Tetapi setiap musim bola sepak adalah panjang, dia akan kembali menjaringkan gol." kata beliau.

Manchester United akan menentang Aston Villa dalam perlawanan EPL pagi esok (4 Disember) yang akan berlangsung di Villa Park pada pukul 1.30 pagi waktu Malaysia.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.