Robin Van Persie mahu RM50juta setahun

ROBIN van Persie menuntut bayaran £10.1 juta pound (RM49.69 juta) setahun kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya, musim panas ini.

Ketika ini, Manchester United, Manchester City dan Juventus dikaitkan dengan penyerang Arsenal itu.

Malah, Juventus yang telah mengemukakan bidaan rasmi kepada Arsenal mungkin menemui kesukaran memiliki penyerang antarabangsa Belanda itu selepas van Persie meminta bayaran berjumlah £195,000 (RM959,398) seminggu.

Namun, Juve enggan berputus asa dan sekiranya van Persie melengkapkan perpindahan ke Turin musim panas ini, dia bakal menjadi salah seorang pemain yang menerima bayaran paling tinggi di dunia.

Baru-baru ini, pemain berusia 28 tahun itu telah menolak tawaran £130,000 (RM639,598) seminggu daripada Arsenal.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.