$entry.content.caption.value
LONDON - Tiga gol sendiri membantu Liverpool memperoleh laluan mudah menempah tiket di suku akhir Piala FA dengan mengatasi Brighton.
Pasukan tuan rumah menundukkan Brighton 6-1 dan akan bertemu dengan Stoke di suku akhir.
Martin Skrtel menjaringkan gol awal pada minit kelima sebelum Kazenga LuaLua menyamakan keduudkan pada minit ke-17.
Pemain Brighton, Liam Bridcutt menyumbat gol sendiri sebelum penyerang Liverpool, Andy Carroll membawa gol tambahan untuk menjadikan kedudukan 3-1.
Dua lagi gol datang daripada Bridcutt dan Lewis Dunk sebelum dilengkapkan oleh Luis Suarez menerusi penalti lima minit sebelum separuh masa kedua berakhir.
Kemenangan itu dilihat sesuatu yang menarik bagi pasukan bimbingan Kenny sebelum perlawanan akhir Piala Carling dengan Cardiff City di Wembley, Ahad depan.



