Penjaga gol England, Robert Green
Penjaga gol England, Robert Green

PENJAGA  gol England, Robert Green akhirnya memutuskan akan meninggalkan West Ham apabila menandatangani kontrak bersama Queens Park Rangers (QPR) selama dua tahun musim depan.

Green, yang memiliki 12 cap antarabangsa bersama England dan kini beraksi dalam Euro 2012, akan tiba di Loftus Road pada 1 Julai ini apabila kontraknya bersama West Ham tamat.

“Green seorang yang memiliki pengalaman luas di peringkat antarabangsa dan Liga Perdana, jadi bakatnya sendiri sudah menceritakan tentang kemampuannya.

"Jadi, adalah penting untuk kami memilih Green dalam kelab ini. Kami memerlukan seorang penjaga gol yang berkualiti untuk meningkatkan imej kelab ini.

"Dan, Green adalah pemain yang sesuai untuk merealisasikan impian kami,’’ kata pengurus QPR, Mark Hughes.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.