SKUAD Great Britain (GB) tumpas 0-2 kepada Brazil pada perlawanan pemanas badan menjelang temasya Olimpik London di Stadium Riverside, awal pagi semalam.
Pemain tengah Tottenham Hotspur, Sandro dan penyerang Santos, Neymar masing-masing meledak gol buat pasukan pelawat.
Perlawanan jelas dikuasai Brazil dengan skuad GB sesekali melancarkan serangan menerusi gandingan Craig Bellamy dan Daniel Sturridge.
Bagaimanapun, pengendali GB, Stuart Pearce yakin pemainnya mampu bangkit dan memenangi perlawanan pembukaan nanti.
"Saya fikir kami akan menemui keserasian dalam tempoh beberapa hari lagi. Buat masa sekarang, pemain belum sedia.
"Tapi saya yakin, dengan latihan yang mencukupi kami akan berjaya," katanya yang mengakui skuad yang dibentuk sempena Olimpik kurang serasi.
Skuad GB yang diuruskan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) dibarisi pemain dari England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.
Kali ini, skuad GB diketuai pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs sebagai salah seorang daripada tiga pemain melebihi had umur



