PEMAIN bola sepak Queens Park Rangers, Joey Barton telah ditumbuk di mukanya di luar sebuah kelab malam di Liverpool.
Laporan BBC memetik polis Merseyside berkata, pegawainya telah dipanggil untuk ke Eberle Street kira-kira jam 5.30 pagi laporan berikutan gangguan di luar kelab Garlands.
Mereka mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 29 tahun yang cedera meninggalkan tempat kejadian secara sukarela.
Barton, 29, telah digantung 12 perlawanan selepas dibuang padang dalam perlawanan QPR yang menyaksikan mereka tewas kepada Manchester City pada akhir musim ini.
Persatuan Bola Sepak mendapati dia bersalah atas dua tuduhan kelakuan ganas.
Beliau menyertai QPR pada Ogos tahun lepas melalui perpindahan percuma dari Newcastle United dan menjadi kapten.



