$entry.content.caption.value
ST JAME'S PARK - Papiss Demba Cisse memantapkan kedudukannya dalam Newcastle dengan jaringan menarik, sekali gus mengatasi Aston Villa 2-1 untuk mara ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris.
Bintang £10 juta itu menyumbat gol pada separuh masa kedua, lapor BBC.
Rakannya, Demba Ba dari Senegal menjaringkan gol pertama Newcastle pada separuh masa pertama, minit ke-30.
Gol Robbie Keane pada waktu kecederaan separuh masa pertama menyamakan kedudukan sebelum jaringan Cisse pada minit ke-71.
Dengan kemenangan hari ini, Newcastle mengumpulkan 42 mata dari 24 perlawanan.
Ia berada di belakang Chelsea yang bertemu dengan Manchester United hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



