BEKAS Kapten Wales, Ryan Giggs memasang impian untuk menjadi pengurus selepas kariernya sebagai pemain berakhir.
Pemain berusia 38 tahun itu, yang sedang mempersiapkan diri untuk menjadi ketua pasukan Great Britain pada Sukan Olimpik London berkata,
"kejurulatihan adalah bidang yang memang mendapat perhatian saya."
"Pada pertengahan musim lalu, saya telah mendapatkan Lesen A Persatuan Bola Sepak Eropah (UefA), di mana ia adalah bagus. Ia suatu perkara yang berbeza, sama sekali berbeza menjadi pemain dan jurulatih.
"Saya mahu mengutip sebanyak mungkin pengalaman untuk menyiapkan diri saya sebaik mungkin sebelum beralih ke bidang pengurusan atau kejurulatihan," kata Giggs.
Tambah Giggs, "Olimpik adalah platform yang bagus."
"Ia suatu keadaan yang berbeza daripada bola sepak liga kerana Olimpik merupakan kejohanan besar," jelasnya lagi.
Giggs menegaskan, beliau juga banyak mendapatkan maklumat kejurulatihan tambahan dengan melihat jurulatih lain mengendalikan pasukan mereka sepanjang Olimpik London.
Malah, beliau juga akan menonton sukan-sukan lain, selain bola sepak untuk melihat bagaimanapun pengurus mengendalikan pemain mereka.
"Saya sentiasa memerhatikan sukan lain. Saya cintakan bola sepak, tetapi untuk menjadi jurulatih yang bagus anda juga kena melihat sukan lain kerana ia menawarkan aspek pengurusan yang berbeza dan mampu meningkatkan skil anda," katanya lagi.



