Ferguson minat beli Lucas

PENGURUS Manchester United (MU), Sir Alex Ferguson mengakui berminat mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Brazil, Lucas Moura untuk bermain bagi kelab itu musim depan.

Bagaimanapun, Ferguson menafikan perjanjian £26 juta (RM128.17 juta) telah dipersetujui oleh kedua-kedua pihak.

Dalam satu kenyataan semalam, Ferguson berkata, "ia tidak betul."

"Kami masih belum mencapai persetujuan mengenai jumlah bayaran.

"Memang kami menunjukkan minat ke atas Lucas. Tapi, sebelum mendapat perjanjian daripada Lucas, kita tidak boleh mengatakan beliau adalah pemain kami," kata Ferguson.

Selain MU, Lucas yang bermain dengan kelab Sao Paulo turut menarik minat beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) lain iaitu, Cheslea, Real Madrid dan Inter Milan.

Selain Lucas, Ferguson turut menandatangani dua pemain iaitu pemain tengah Jepun, Shinji Kagawa dan Nick Powell dari Crewe untuk memantapkan lagi pasukannya musim depan.

"Buat masa ini, kita sedang berusaha keras untuk membawa pemain baru ke kelab ini.

"Saya mahu, dengan pemain baru pada musim depan, membantu kami merampas kembali trofi EPL daripada Manchester City," katanya lagi.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.