Bintang MU, Wayne Rooney menanduk masuk gol penyamaan ketika pertemuan antara kelab itu dan Everton

IMPIAN penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United meraikan lebih awal kejuaraan ke-20 tersentak apabila ia diikat Everton, 4-4 pada aksi menarik di Stadium Old Trafford sebentar tadi.

Pelawat terlebih dahulu merobek gawang The Red Devils, seawal minit ke-33, menerusi penyerang dari Croatia, Nikica Jelavić sebelum Wayney Rooney menyamakan kedudukan emapt minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Rooney menjaringkan dua gol dalam perlawanan hari ini manakala dua lagi masing-masing satu oleh Danny Welbeck dan Nani.

Everton yang ketinggalan 4-2 mempamerkan aksi dramatik untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan minit 83 dan 85. Dua gol Everton dijaringkan pada minit 33 dan 67.

MU yang telah melengkapkan 35 perlawanan telah mengumpulkan 83 mata untuk terus kekal di tangga teratas persaingan EPL.

Manchester City yang bertemu Wolves pada jam 12 tengah malam ini (waktu Malaysia) berada di tangga kedua dengan 77 mata.

Jika Manchester City memperoleh tiga mata hari ini dan menang pertemuan dengan MU pada 30 April, maka ia akan kembali ke kedudukan teratas dari segi perbezaan gol.

Masih ada tiga perlawanan untuk dilalui termasuk pertemuan 30 April oleh kedua-dua pasukan ini.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.