$entry.content.caption.value
ANDRE Villas-Boas dijangka mendapat kebenaran pemilik kelab, Roman Abramovich untuk menyingkirkan beberapa kuda tuanya di Chelsea.
Sumber mendedahkan, Villas-Boas bercadang menggantikan beberapa pemain veteran dengan pemain lebih muda dan bertenaga pada musim panas ini.
Antara pemain yang bakal dibuang termasuklah Frank Lampard, Didier Drogba dan Florent Malouda.
Bagaimanapun, hasrat bekas pengurus FC Porto hanya mampu direalisasikan andai dia mampu mengelak daripada dipecat The Blues.
“Abramovich tidak suka apabila pengurusnya gagal memberikan keputusan yang diharapkan.
“Dan dia juga tidak suka apabila pemainnya gagal beraksi baik,” dedah sumber tersebut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



